Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur

Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur
link : Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur

Baca juga


Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur

PERSEKUTUAN Bolasepak Arab Saudi (SAFF) memohon maaf kerana tidak mengambil bahagian dalam upacara bertafakur selama seminit atas serangan pengganas di London sebelum sepak mula dengan Australia, semalam.

Socceroos menewaskan Arab Saudi 3-2 dalam aksi sengit kelayakan Piala Dunia di Adelaide, namun insiden sebelum wisel permulaan ditiupkan itu lebih mencuri tumpuan.

Ketika pemain Australia saling bergandingan bahu di bulatan tengah padang bagi menghormati lapan mangsa yang terkorban -- dua daripadanya adalah rakyat Australia -- dalam serangan di London Bridge dan Borough Market, Sabtu lalu, bagaimanapun jejak itu tidak dituruti Arab Saudi.

Sebaliknya, mereka mengambil posisi masing-masing dan ada antara mereka yang memanaskan badan.

Kegagalan mereka untuk mengambil bahagian dalam acara bertafakur itu mengundang kritikan luas sehingga mendorong Persekutuan Bolasepak Australia mengeluarkan satu kenyataan bahawa pegawai pasukan lawan telah menyatakan ia bukan sebahagian daripada budaya Arab Saudi.

Namun, SAFF tampil memohon maaf dan menegaskan, pendekatan itu bukanlah sesuatu tindakan biadap atau tidak menghormati.

"Persekutuan Bolasepak Arab Saudi sangat kesal dan memohon maaf atas kegagalan sebahagian daripada anggota skuad Arab Saudi dalam upacara bertafakur selama seminit sebelum sepak mula aksi kelayakan Piala Dunia dengan Australia di Adelaide bagi mengenang mangsa serangan pengganas di London pada 3 Jun 2017," menurut satu kenyataan SAFF.

"Pemain-pemain tidak berhajat untuk bersikap biadap dalam mengenang mangsa keganasan itu atau mengguris hati keluarga, rakan-rakan dan sebarang individu terhadap kekejaman itu.

"Persekutuan Bolasepak Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dan ekstremis serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat, kerajaan dan rakyat United Kingdom."



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rS92me

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur

Sekianlah artikel Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi mohon maaf tidak turut serta upacara bertafakur dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/arab-saudi-mohon-maaf-tidak-turut-serta.html

Subscribe to receive free email updates: