Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali

Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali
link : Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali

Baca juga


Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Penarikan diri pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) adalah kenyataan yang amat diragui dan hanya menagih simpati.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, ia tidak boleh dipercayai selain usaha mengemis simpati rakyat untuk menguasai Putrajaya.

"Pakatan Harapan sememangnya mahu Anwar sebagai Perdana Menteri dan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut kerana menyedari ada pihak yang berpihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Anwar tarik diri calon PM Pakatan Harapan

BACA: Belum ada persetujuan lantik Tun M ketuai Pakatan Harapan - PKR

Anwar sebelum ini berkata perhatian seharusnya diberikan dalam usaha memenangkan calon PH pada PRU ke 14, bukannya membenarkan isu lain seperti perebutan kuasa, kedudukan dan keterlanjuran kata dalam kalangan pimpinan.

Dalam pada itu tegas Syed Ali, seluruh kepimpinan UMNO empat peringkat perlu bangkit dengan segala kekuatan menyerang balas pembangkang yang sengaja memutarkan isu fitnah terhadap pucuk pimpinan parti dan kerajaan.

"Sudah sampai masanya kepimpinan empat peringkat meningkatkan peranan mereka terutama di akar umbi untuk menyerang pihak lawan.

"Saya menyeru kepada UMNO empat peringkat, mari kita bersatu tenaga menyerang pembangkang habis-habisan yang semakin bertindak liar memainkan isu fitnah terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita di benteng hadapan, kita kena bertanggungjawab mempertahankan kedudukan dan maruah parti dan perdana menteri," jelasnya.

Pembangkang ujar beliau, semakin bertindak liar dengan memainkan isu-isu fitnah walaupun dikitar semula semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sekali gus menghancurkan UMNO.

Beliau menegaskan, pemimpin UMNO empat peringkat sebagai jentera parti yang dekat dengan rakyat sewajarnya bertindak lebih agresif sepertimana pembangkang menyerang UMNO.

Justeru tegas Syed Ali, pemimpin parti empat peringkat termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu turun ke lapangan untuk bersemuka dengan akar umbi dan menyelami permasalahan atau isu yang berbangkit.

"Kita kena jumpa rakyat di bawah, perjelaskan segala fitnah yang sedang hebat dilakukan pembangkang terutama memburukkan perdana menteri dan isteri,

"Kalau pembangkang sedemikian liar, keterlaluan menyerang UMNO, mengapa kita tidak boleh sepertimana mereka, tetapi tidak bermakna kita juga turut sama terjebak dengan permainan fitnah," katanya.

Syed Ali menjelaskan, peranan kepimpinan UMNO empat peringkat juga boleh membantu jentera media sosial UMNO untuk menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan terhadap parti dan pucuk pimpinan.

"Media sosial UMNO atau cyber tropper ada tugas mereka, kita di kepimpinan empat peringkat ada tanggungjawab masing-masing, gabungan tersebut sudah cukup kuat untuk menentang dakyah pembangkang," tegasnya.

Menurut beliau, walaupun tarikh sebenar bila Pilihan Raya Umum (PRU) ke-4 akan diadakan tidak diketahui tetapi berdasarkan petunjuk politik ianya semakin hampir.

Oleh sebab itu katanya, seluruh jentera UMNO perlu bangkit dan memperhebatkan gerakan mematahkan apa juga propaganda dan fitnah yang disebarkan pembangkang terutama menerusi laman-laman sosial.

Beliau juga menyelar pembangkang yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dengan menyogokkan bahan-bahan fitnah dan mencerca sesama pemimpin terutama membabitkan pemimpin Islam.

"Sepatunya di bulan Ramadan yang mulia ini, kita mengambil kesempatan memperbanyakkan ibadat, bukannya menyerang pemimpin dengan fitnah jahat, lagi pun menyebar fitnah itu satu dosa besar," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIhzeI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali

Sekianlah artikel Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar tagih simpati bila tarik diri jadi calon PM untuk PH - Syed Ali dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/anwar-tagih-simpati-bila-tarik-diri.html

Subscribe to receive free email updates: