Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR

Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR
link : Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR

Baca juga


Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR

 
Oleh Zulkifli Sulong


ANWAR Ibrahim bersetuju untuk menyerahkan kata putus kepada biro politik PKR dalam mencadangkan barisan kepimpinan dalam majlis presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum ia didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Menurut sumber, persetujuan itu dibuat Anwar dalam pertemuan antaranya dengan dua wakil PH iaitu Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Naib Presiden Husam Musa semalam, 13 Jun.

"Datuk Seri telah bersetuju untuk menyerahkan kata putus kepada biro politik," kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.

Dalam mesyuarat terbaru majlis presiden PH Jumaat lepas, persetujuan sudah dicapai tentang struktur perjawatan majlis presiden namun PKR tidak berani memberikan kata putus kerana ia berbeza dengan struktur yang dipersetujui Anwar sebelum ini.

Dalam struktur baru itu, Anwar dilantik sebagai ketua umum PH. Dr Mahathir pula dipersetujui untuk menjadi pengerusi manakala Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail pula dilantik sebagai presiden majlis.

Presiden tiga lagi parti dalam PH iaitu Muhyiddin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dilantik sebagai timbalan presiden.

Empat timbalan presiden parti gabungan PH iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR) Mukhriz Mahathir (PPBM), Salahudin Ayub (Amanah) dan Tan Kok Wai (DAP) dilantik sebagai naib presiden.

Sebelum ini, dalam notanya kepada PKR, Anwar mahu senarai yang dipersetujui sebulan lalu dikekalkan.

Dalam senarai itu, Mahathir dan Anwar dilantik sebagai penasihat manakala jawatan pengerusi diberikan kepada Wan Azizah.

Ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat majlis presiden PH Jumaat lepas, Wan Azizah memaklumkan, mereka akan mengumumkan senarai kepimpinan gabungan baru politik itu dalam tempoh seminggu lagi.

Sementara itu seorang ahli Biro Politik PKR Dr Mohamad Nor Manuty mengesahkan pihaknya diberikan mandat untuk membuat keputusan itu



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR

Sekianlah artikel Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar serahkan kata putus kepimpinan PH kepada biro politik PKR dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/anwar-serahkan-kata-putus-kepimpinan-ph.html

Subscribe to receive free email updates: