Judul : Aliran trafik di lebuhraya utama bergerak perlahan
link : Aliran trafik di lebuhraya utama bergerak perlahan
Aliran trafik di lebuhraya utama bergerak perlahan
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 3 petang tadi.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, trafik bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan dari Jelapang ke Sungai Perak berikutan peningkatan kenderaan.
"Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan bergerak perlahan dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar dan dari Bukit Tambun menuju Bandar Cassia.
"Di selatan, kesesakan lebih dua kilometer di Km 282.9 dari Nilai ke Bandar Ainsdale akibat kereta rosak yang menghalang lorong tengah," katanya dipetik sebuah agensi portal berita.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik dilaporkan sesak selepas Plaza Tol Gombak sehingga sebelum susur Genting Highlands.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Aliran trafik di lebuhraya utama bergerak perlahan
Sekianlah artikel Aliran trafik di lebuhraya utama bergerak perlahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aliran trafik di lebuhraya utama bergerak perlahan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/aliran-trafik-di-lebuhraya-utama.html