Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi

Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi
link : Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi

Baca juga


Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi

TERSENTUH hati mendengar cerita Khalis, antara adik arwah Achik (Spin) yang mengakui sering bertemu arwah abangnya itu di alam mimpi biarpun sudah tujuh tahun episod duka itu berlalu.

Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi

Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi

Khalis, 29, ketika ditemui berkata, mimpi yang datang seolah-olah ‘benar’ dan dia sering menunggu peluang tersebut untuk memeluk dan melepaskan rindu kepada abangnya itu.

“Saya antara yang kerap bermimpi arwah dan kali terakhir pada awal Ramadan lalu di mana setiap kali ‘berjumpa’ dengan bang Chik (panggilan untuk Achik), saya sedar saya sedang bermimpi tetapi situasinya seperti saya benar-benar sedang berkomunikasi dengan arwah.

“Saat itu saya akan peluknya erat-erat dan meluahkan rasa rindu padanya. Bang Chik seakan-akan memahami kerinduan saya padanya dengan memandang tepat pada wajah saya. Senyumannya juga tidak lekang di bibir.

Ketika ini wajah Khalis saling tak tumpah dengan wajah arwah abangnya Achik.

“Selalunya saya akan bertanya padanya soalan yang sama, kenapa bang Chik terlalu awal tinggalkan kami? 

Jawapannya ringkas: “Kalau bang Chik tak pergi, kamu adik-adik tidak berpeluang menyanyi dan dikenali,” katanya kepada mStar Online.

Achik atau Abdillah Murad Md Shari meninggal pada usia 28 tahun dalam satu kemalangan maut di lebuhraya Kajang-Seremban pada 17 April 2010. 

Dalam pada itu kata Khalis atau Muhammad Khalis Shari ini lagi, selalunya arwah akan munculkan diri dalam bentuk bayangan seakan-akan hologram dan perkara itu membuatkan dia sedar yang pada ketika itu dia sedang bermimpi.

“Kalau boleh, setiap masa saya mahu mimpi itu datang kerana dikesempatan itulah saya dapat meluahkan rasa rindu pada dia. Arwah tidak banyak berkata-kata namun air wajahnya cukup tenang,” ujarnya berbaur sebak.

Khalis (tiga dari kiri) bersama anggota Khalis & The Real Spin.

Berkongsi tentang perjalanan seninya pula, Khalis yang juga vokalis kepada kumpulan Khalis & The Real Spin berkata, kumpulannya kini bakal hadir dengan single pertama berjudul Semakin Rindu ciptaan Cuna Alfian dan Atan Alfian selepas Aidilfitri depan bawah pengurusan label Padi Records & Entertainment.

Katanya, Khalis & The Real Spin ditubuhkan pada 2016 dengan dua anggota lama Spin iaitu Azren dan Aidel selain seorang anggota baru iaitu Aiman.

Ditanya kenapa baru sekarang mengambil keputusan untuk muncul di dalam industri setelah tujuh tahun pemergian Achik, ini penjelasan Khalis.

“Tak ramai yang tahu, selepas pemergian bang Chik selama empat tahun kami sekeluarga tidak boleh mendengar lagu arwah, apatah lagi nak menyanyi. Air mata pasti mengalir. 

“Justeru hasrat itu terpaksa kami adik-beradik pendam sehingga 2015,” katanya.

Selain Khalis, dua lagi adik Achik yang menjadi artis iaitu Awis dan Tajul.

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMhAcD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi

Sekianlah artikel Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik kongsi kata-kata arwah Achik Spin dalam mimpi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/adik-kongsi-kata-kata-arwah-achik-spin_19.html

Subscribe to receive free email updates: