72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan

72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan
link : 72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan

Baca juga


72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan

ALOR SETAR – Seramai 72 peladang di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima wang pampasan berjumlah RM94,582 berikutan tanaman padi rosak akibat banjir.

Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz berkata kerosakan tanaman padi itu berlaku akibat ditelenggelami air kesan daripada kerja-kerja yang dilaksanakan untuk Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah dan Anak Bukit.

Katanya, seluas 107.971 hektar tanaman padi yang terjejas pada Jun tahun lepas melibatkan kawasan di Kampung Lemping, Kampung Kubang Pangas dan Kampung Keloncor yang terletak di pinggir projek RTB terbabit.

“Ini merupakan salah usaha MADA untuk mengurangkan bebanan peladang yang terpaksa menjalankan proses tanaman padi semula,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Moreh MADA Bersama Media di sini, malam tadi.

Terdahulu, Othman telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dan sumbangan Aidilfitri kepada kakitangan MADA.

Beliau berkata projek RTB ini akan memberi kesan positif dalam jangka masa panjang bagi kawasan yang terlibat namun perlaksanaan projek berskala besar ini memberi kesan jangka pendek seperti masalah tanaman padi rosak.

“Projek ini dapat menyelesaikan masalah banjir di beberapa kawasan tanaman padi dan ia juga dapat mengalihkan lebihan air terus ke laut tanpa menjejaskan tanaman padi peladang.

“Jadi saya harap pihak terlibat dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana bimbang jika lewat ia akan memberi masalah kepada penduduk setempat di kawasan yang terlibat,” katanya.

Ismail Osman, 63, yang menanam padi hampir 51 tahun berkata dia gembira selepas menerima wang pampasan berjumlah RM1,250 kerana sedikit sebanyak dapat menampung semula kos penanaman padi yang terpaksa dilakukan sebanyak dua kali akibat banjir yang berlaku.

“Sebelum projek RTB ini, tanaman padi saya tidak pernah rosak akibat banjir tetapi saya harap apabila siapnya projek ini ia dapat memberi manfaat kepada semua peladang MADA,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sISvVd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan

Sekianlah artikel 72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 72 Peladang MADA Terima Wang Pampasan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/72-peladang-mada-terima-wang-pampasan.html

Subscribe to receive free email updates: