7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.

7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri. - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.
link : 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.

Baca juga


7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.


Sudah lebih dua minggu kita umat Islam menyambut Ramadhan Mubarak. Hari Raya sudah tidak lama lagi kan.
Mungkin minggu depan sudah ada yang bercuti panjang dan balik ke kampung halaman?

Dibulan puasa ni, memandu dengan perut yang sedang lapar, ditambah dengan cuaca yang agak panas akhir-akhir ni. Aduhai.... mengantuknya mata. Macam batu yang menekan kelopak mata.
Tidur lewat untuk mengemas beg, kemudian bangun seawal 4 pagi untuk persiapan sahur pula. Pastilah mata rasa mengantuk apabila menempuh perjalanan jauh yang ditambah dengan kenderaan bersesak-sesakan dijalanraya.


Sudah tentu sangat berbahaya jika kita memandu kenderaan dalam keadaan mengantuk. Bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi juga berbahaya kepada orang dipersekitaran kita.

Jom baca beberapa tips untuk memastikan badan tetap segar semasa memandu:

1. Pastikan tubuh anda dalam keadaan segar sebelum berangkat. 
Lakukan apa yang sepatutnya dilakukan, seperti mandi atau mencuci muka sebelum berangkat. Tapi jika merasa mengantuk di pertengahan perjalanan, cuba berhenti di mana-mana hentian untuk menyegarkan muka dengan air,
Selain itu, anda juga boleh lakukan pemanasan semasa berhenti di hentian rehat. Bukan sahaja dapat menyegarkan badan, tapi juga untuk membantu meningkatkan perjalanan darah otot-otot badan yang sudah tegang dan penat.


2. Isi perut anda! 
Makan dan minumlah secukupnya semasa bersahur untuk mengelakkan kelaparan semasa dalam perjalanan. Tapi janganlah makan secara sorok-sorok didalam kereta di bulan puasa ni ye!!
Jika anda memandu malam, anda boleh sediakan jajan, keropok, kekacang, atau kudapan ringan untuk mengelakkan kelaparan serta membantu mata tetap segar semasa memandu.

3. Jangan biarkan diri mengelamun panjang, 
kerana ia menunjukkan anda sudah hilang fokus. Hilang fokus bahaya untuk perjalanan anda! Kekalkan fokus pada perjalanan, jalan raya, persekitaran, dan segala kenderaan yang sedang di atas jalan bersama anda.

4. Tengok dan rasai tahap aircond yang anda pasang. 
Jangan terlalu kuat atau sejuk sehingga mengganggu pernafasan. Kerana ia juga mungkin mencetuskan rasa mengantuk semasa memandu.


5. Pasang radio dengan volum yang lebih sedikit kuat dari kebiasaannya.
Pasanglah lagu-lagu rancak atau lagu raya yang akan membantu mata anda segar sepanjang jalan. Ataupun pasang sahaja mp3 alunan Al-Quran dan turut sama mengaji dan menghayati bacaan Al-Quran, pasti anda anda maintain segar sepanjang jalan.

6. Kopi.
Jika memandu di waktu malam, anda boleh bekalkan dengan minuman, terutamanya air kopi. Bagi sesetengah orang, kopi sangat membantu dalam mengelakkan rasa mengantuk. Tapi jika bagi yang mengetahui kopi itu  tidak membantu, maka bekalkan lah dengan minuman kegemaran anda yang anda dapat hayati sepanjang perjalanan :)

7. Berhenti di R&R.
 Jika anda langsung tidak dapat menahan rasa mengantuk dengan tip-tip di atas, silalah berhenti di mana-mana hentian rawat dan rehat terdekat, dan tidurlah sekejap sekitar 15 minit. Kemudian, bangun dan cuci muka serta dapatkan segelas minuman.
Sekarang anda boleh menyambung perjalanan anda ")

Semoga perjalanan kita semua selamat, selamat pergi dan selamat kembali!!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rk9k4a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.

Sekianlah artikel 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri. dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/7-petua-hilangkan-mengantuk-semasa.html

Subscribe to receive free email updates: