Judul : 7 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sekiranya Membeli 'Rumah Busuk' Subsale/Lelong, Supaya Tidak Mengalami Kerugian
link : 7 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sekiranya Membeli 'Rumah Busuk' Subsale/Lelong, Supaya Tidak Mengalami Kerugian
7 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sekiranya Membeli 'Rumah Busuk' Subsale/Lelong, Supaya Tidak Mengalami Kerugian
Sekiranya membeli rumah baharu, yang sudah lengkap, dan tidak memerlukan apa-apa kemasan lagi, ia pasti memudahlan kerja. Cumanya, rumah sebegini pula dilihat, mempunyai harga yang mahal, bergantung pada kawasan atau keluasan.
Mungkin ada yang membeli rumah lelong, atau ‘subsale’ yang mana rumah tersebut telah lama ditinggalkan, dan seperti tidak boleh diduduki langsung. Walaupun harganya murah dari harga pasaran, harus diingat juga, anda perlu keluarkan modal pula untuk membuat pengubahsuaian.
Menerusi perkongsian dari saudara Ir Ajak Abdul Razak yang mana merupakan seorang pembeli rumah-rumah ‘Busuk’ ini, dia telah kongsikan beberapa kesilapan pembeli yang harus dielakkan sebelum membeli rumah ‘busuk’ tersebut.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Dalam keghairahan untuk memburu rumah busuk.
Cubalah korang elakkan dari melakukan antara 7 kesilapan ini:
1. Tidak lawat rumah busuk
Usaha untuk melawat rumah busuk tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Dengan membuat lawatan ke rumah busuk akan dapat tahu keadaan sebenar rumah itu
2. Tidak semak bil tertunggak
Jika mahu masuk membida rumah busuk yang dilelong. Usahalah untuk ambil tahu kos-kos bil yang tertunggak seperti:
- Cukai tanah
- Cukai pintu
- Bil elektrik
- Bil air
- Bil iwk
- Bil maintenance jika ada
3. Tidak buat carian persendirian
Usahalah untuk membuat carian persendirian di pejabat tanah. Pada carian itu akan dapat info yang sangat penting.
Semak ada kaveat ker tiada. Maklumat tentang hartanah tersebut contohnya freehold atau leasehold.
4. Tidak semak anggaran kos repair
Jangan main beli jer rumah busuk. Usahakan untuk ambil tahu anggaran kos repair rumah tersebut jika terlibat lah.
Kang tak pasal pasal tiada kemampuan kewangan untuk repair bagi sempurna rumah itu.
5. Tidak semak kaedah pembayaran
Cari jalan untuk ketahui kelayakan anda untuk buat loan rumah.
6. Tidak semak nilai semasa rumah
Cari jalan untuk ambil tahu nilai semasa rumah busuk tersebut. Jangan jadik dah menang lelong atau dah sign S&P baru tahu yang nilai semasa rumah hanya RM70 ribu sedangkan harga dalam kontrak lelongan atau S&P tercatat RM100 ribu ... parah lah gitur weh
7. Tidak semak potensi rumah busuk itu
Main bedal jer, main beli jer rumah busuk melalui subsale, main masuk jer lelong nyer.
Dengan berusaha untuk memastikan perkara di atas korang buat. Maka akan mengurangkan risiko untuk kita berada dalam kerugian untuk memiliki rumah busuk.
Jika boleh biarlah kita membeli hartanah rumah busuk dalam keadaan yang ada faktor yang positif. Betoikan. Abis baca SHARE kan yer
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
- Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWus13
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel 7 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sekiranya Membeli 'Rumah Busuk' Subsale/Lelong, Supaya Tidak Mengalami Kerugian
Anda sekarang membaca artikel 7 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sekiranya Membeli 'Rumah Busuk' Subsale/Lelong, Supaya Tidak Mengalami Kerugian dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/7-kesilapan-yang-perlu-dielakkan.html