3 Ramadhan Yang Ku Lalui

3 Ramadhan Yang Ku Lalui - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 Ramadhan Yang Ku Lalui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 Ramadhan Yang Ku Lalui
link : 3 Ramadhan Yang Ku Lalui

Baca juga


3 Ramadhan Yang Ku Lalui

3 Ramadhan Yang Ku Lalui

Assalamualaikumterima kepada admin kerana siarkan conffesion ini.

Saya ingin menceritakan apa yang terjadi selama 3 tahun Ramadhan bermulanya tahun 2015-2017 yang menimpa keluarga kami..

Saya Nurul,saya seorang student dan mempunyai 6 orang adik beradik saya anak bongsu.Selama kejadian itu berlaku saya hanya jadi pemerhati dan pendengar kerana saya tidak mampu untuk lakukan sesuatu semasa kejadian itu berlaku ke atas keluarga saya..Allah nak menguji kami dengan ujian yang diberi.

Ramadhan pertama tahun 2015.
Satu hari saya baru balik dari sekolah dan saya akan terus jumpa mak saya selepas balik sekolah.Masa itu mak saya berada di dapur tengah menjahit.Tiba2 mak saya cakap Nah baca mak dapat kad raya saya pun ambil surat tu tanpa fikir apa2 dan pandang mak saya,yelah pelik sebab selalu kalau dapat kad raya mak saya tidak akan suruh saya baca sebab apa je yang ada dalam kad raya tersebut hanya ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin .Selepas sahaja surat itu berada di tangan saya terus saya baca siapa pengirimnya di hadapan sampul surat tersebut tetapi tiada nama pengirim hanya ada alamat rumah sahaja.

Selepas itu,saya langsung tak fikir apa2 dan terus buka sampul surat tersebut,terdapat beberapa keping gambar dan sehelai kertas yang mempunyai surat kiriman tidak rasmi.Saya terlebih dahulu lihat gambar tersebut,kira2 ada dalam 6 keping gambar terus saya tergamam dan saya terus pandang muka mak saya dan pandang mata mak saya.Bertapa tabahnya mak saya apabila lihat gambar tersebut selepas itu saya cari abah saya nak tengok reaksi dia tapi saya tengok muka abah saya tenang setenang seperti tidak apa2 berlaku.Saya adalah orang yang keempat baca selepas mak,abah dan akak saya kerana yang lain kerja.Saya tanya mak saya Siapa yang hantar ni? Mak saya Entah mak tak tahu
saya tanya lagi Siapa yang buka dulu sampul ni? Mak saya cakap Abah yang buka dulu tabahnya abah bila baca surat tu

Saya tengok satu2 gambar tu lepas tu saya baca pula surat kiriman tidak rasmi ituDi dalam surat tidak rasmi itu terkandungnya kata2 perumpamaan tentang dosa mengata orang semua ,saya pun terus tanya mak saya Mak ada cakap pasal orang ke? Mak saya cakap Manada mak cakap pasal orang.Saya terus lipat surat tu dan simpan balik dalam sampul surat sebab tak sanggup saya nak tengok gambar tersebutDi dalam gambar tersebut adalah dimana salah seorang adik beradik saya bermesra dengan kekasihnya.Saya gelarkan S lah ye sebab saya taknak bagitahu samada itu akak saya atau abang saya .Bukan sahaja family kami yang dapat tetapi dihantar juga kepada beberapa orang jiran saya.Allahuakhbar saya rasa nak menangis tapi saya tahanMak saya cakap Jangan fikir sangat pasal ni,biarlah orang nak buat apa2 kat keluarga kita asalkan kita tak buat orang.

Selepas itu kami ahli keluarga bincang ramai2 berkumpul kenapa sampai benda ni boleh berlaku.Mak saya tanya dengan S kenapa buat sampai macam tu? S pun cakap yang dia tahu siapa yang hantar dan siapa yang amik gambar2 tersebut dari laman sosial dia.Abah saya cakap lain kali jaga sikit perangai tu jangan sampai mengaibkan diri sendiri ngan orang tua.Pada masa itu,saya hanya berfikir yang mungkin orang dengki ngan keluarga kami sebab itu dia buat macam tu.

Ramadhan 2 tahun 2016.

Tragedi ini yang paling saya terasa sampai sekarang,bukan saya sahaja tetapi seluruh ahli keluarga.
Tanggal 14/6/2016 perginya salah seorang ahli keluargaku menghadap ilahi
Satu malam,dalam pukul 10 lebih saya dah nak tidur waktu itu tiba2 saya dapat pangilan saya pun jawab:

Saya: Assalamualaikum
K.M: Waalaikumsalam,nak bagitahu yang abang A dah takde.
Saya:Takde?pergi mana?
K.M: Dah meninggal sebab excident.
Allahuakhbar,saya terus terdiam.
Saya: Bila?Macam mana boleh excident.
K.M : Kena langgar dengan kereta.Adik sedekahkan Al-fatihah lepastu solat tu doakan untuk abang A tau.
Selepas sahaja saya dapat panggilan tu saya terus tak jadi nak tidur dan terus mengalir air mata tak berhenti.Waktu tu saya tak dapat balik rumah sebab study jauh dari rumah kena fly kalau nak balik rumah jadi saya hanya bacakan yassin dan sedekahkan Al-fatihah.Yang meninggal itu abang ipar saya dia kerja di lebuhraya dan dia dilanggar dengan sebuah kereta sewaktu dia bertugas dan mahu alihkan batang kayu dari jalan.Dia dilanggar dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang membawa isteri dan emaknya.Saya sedih sangat2 sebab dia tak mengaku itu salah dia dan cakap yang abang ipar saya tak pakai alat keselamatan semasa bertugas sedangkan sewaktu dia bertugas itu bukan di tengah jalan tetapi di tepi jalan yang mempunyai kon yang kecik2 itu sebelum nak masuk simpang keluar lebuhraya.

Selepas saya dapat berita tu saya menangis dan fikirkan anak buah saya apa yang akan berlaku dengan mereka sekiranya abah dorank pergi terlebih dahulu.Abang ipar meninggalkan akak saya dan dua orang putera yang waktu itu berusia dua tahun dan 11 bulan.Ya Allah ujian yang terlalu besar untuk akak saya.Sampai sekarang akak saya akan cerita tentang arwah suaminya kerana sebelum arwah abang ipar saya meninggal dia memang menunjukkan yang dia akan pergi sebab perangai dia lain daripada sebelum ni.Dia selalu senyap,selalu jenguk anak dia sebelum masuk kerja,selalu termenung.Saya bukan nak cakap apa tapi orang yang langgar itu tetap tak mengaku salah dia dan dia tak rasa bersalah ke kalau benda tu terjadi ngan family dia apa yang dia akan rasa.Tabah sangat akak saya dan itu ujian yang paling besar buat kami yang Allah beri.

Ramadhan 3 tahun 2017
Baru sahaja berlaku tahun ni..Bermulanya Ramadhan ahli keluarga saya ada yang tidak sihat,demam dan selsema.Mula2 seorang,esoknya dua orang,esok lagi dua orang yang tidak berjangkit hanya saya dan Abah sahaja.Satu hari pakcik saya datang secara mengejut dia berbuka sama dengan kami,sebelum dia nak balik dia cakap ngan mak saya jangan fikir2 sangat nanti letih.Kami pun tak syak apa2 sebab pakcik saya tu memang suka menyakat orang.Selama seminggu orang2 yang berada di rumah saya tak sihat2 ada yang disyaki mempunyai influenza B ada yang disyaki suspek denggi.Berkali kali pergi klinik tetapi tak sihat juga..selepas seminggu itu barulah ada yang sihat.Kecuali mak saya sampai sekarang masih demam,pergi klinik ambil darah cakap kena ada darah tinggi,klinik lain check kena denggi lepastu klinik lagi satu cakap kena kolestrol.

Sampai dah tak larat mak saya nak makan ubat nak buat kerja rumah,nak masak,nak puasa semua asyik duduk dalam bilik menggigil dah letak kain basah atas kepala dan makan ubat pun masih demam.Satu hari pakcik saya datang lagi nak berbuka sama2,waktu tu mak saya dah sihat sikitWaktu semua orang dah tidur tinggal pakcik saya,akak dan mak saya.Pakcik saya bagitahu yang selama ni dalam badan mak saya tu bukan mak saya tapi ada orang menumpang.Pakcik saya ni pandai berubat orang jadi lepas dia jumpa mak saya yang waktu buka puasa mula2 tu balik sahaja dia terus ubatkan mak saya.Katanya ada orang hantar sebelum puasa lagi jadi pakcik saya hantar balik kat tuannya.Pakcik saya nak tahu siapa yang hantar tapi tak dapat nak tengok muka orang tu.Ya Allah waktu bulan puasa pun ada juga orang nak buat macam tu dia nak tengok mak tak puasa sebab bila mak puasa sahaja badan terus demam panas lepastu tak larat langsung nak bangun.

Tiga2 kejadian tu memang amat berat untuk kami lalui.Alhamdullilah S dah kahwin dan mempunyai seorang puteri dan akak saya terus kuat untuk anak2 mereka.Kami sekeluarga selalu berdoa semoga diberi lindungan Allah.

Tak semuanya orang suka tengok kita gembira dan tak semuanya orang suka kita hidup senang.Allah itu selalu ada dengan kita dan sentiasalah minta pertolongan denganNya.Setiap ujian itu kita amik sebagai nikmat sebab kita hamba yang terpilih untuk laluinya.Kerana dengan ujian yang diberikan itu kita dapat perbaiki diri kita,selalu tabah,redha dan selalu akan mencari Allah untuk kita minta tolong dengan itu akan mendekatkan diri kita lagi dengan Allah.Saya wakil keluarga ingin memohon maaf sekiranya ada buat salah.

Mohon maaf sekiranya ada yang salah dan terkurang.Assalamualaikum

Cik Nurul

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAZVok

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 3 Ramadhan Yang Ku Lalui

Sekianlah artikel 3 Ramadhan Yang Ku Lalui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 Ramadhan Yang Ku Lalui dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/3-ramadhan-yang-ku-lalui.html

Subscribe to receive free email updates: