Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis !

Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis !
link : Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis !

Baca juga


Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis !

PETALING JAYA: Seorang pendakwah terkenal dari Iraq ditahan polis kerana didakwa mencabul seorang gadis yang dikenali melalui media sosial, lapor The Star.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata pendakwah itu yang sering menyampaikan kuliah di majlis agama ditahan Jumaat lalu selepas bapa mangsa membuat laporan polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Kuala Lumpur.
Lelaki yang dipanggil “Pak Sheikh” atau “Al-Habib” oleh para pengikutnya itu ditahan selama 5 hari dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.
Mangsa yang berusia 20-an berasal dari Pulau Pinang dilaporkan mengenali suspek melalui Facebook pada 15 Julai lalu.
Pada 24 Julai, mangsa datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan suspek yang memegang status pemastautin tetap.
Suspek juga dikatakan mempengaruhi beberapa mangsa lain melalui Facebook, dengan mengumpan mereka dengan ceramah agama.
Menggunakan ketrampilan seperti ulama dan tampil berjubah dan berserban, suspek dikatakan suka memetik Al-Quran dan hadis untuk mempengaruhi wanita, kata laporan itu.
Beliau pada mulanya meminta foto mereka dengan alasan ingin memeriksa sama ada mereka mempunyai penyakit fizikal atau rohani.
Selepas kira-kira 2 minggu, suspek meminta mereka untuk bertemu di Masjid Wilayah Persekutuan untuk mendapat “berkat”.
Selepas solat berjemaah, suspek akan membawa mereka ke restoran Arab mewah di Sri Hartamas sebelum dibawa pulang.
Beliau juga mendakwa pakar dalam mengubati penyakit berkaitan dengan semangat dan dapat merawat wanita yang mengalami kesukaran hamil, selain mengaku menjadi kenalan rapat pemimpin tempatan. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis !

Sekianlah artikel Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pak Sheikh Terkenal Iraq, Yang Di Dakwa Cabul Gadis Di Tahan Polis ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pak-sheikh-terkenal-iraq-yang-di-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates: