Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel !

Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel !
link : Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel !

Baca juga


Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel !

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang individu penting berhubung pembelian dua hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata pihaknya dijangka memanggil individu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.
“Ada orang penting akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam tadi.
Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini seramai 9 individu ditahan manakala lebih 30 saksi dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.
“Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank,” kata Azam.
Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.
“Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah atau salah guna kuasa,” katanya.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membeli hotel 4 bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014.
Manakala SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel !

Sekianlah artikel Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hotel Felda: SPRM Akan Siasat VIP Berkaitan "Pembelian" Dua Hotel ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/hotel-felda-sprm-akan-siasat-vip.html

Subscribe to receive free email updates: