‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’

‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’ - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’
link : ‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’

Baca juga


‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’

PKR mempertikaikan bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh mengenali suspek utama yang didakwa menjadi dalang sindiket judi haram dan rumah urut di Melaka.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Khalid turut mengakui Gopinathan Krishnan, 50 berhubungan terus menerusi telefon dan merupakan kawan keluarganya.

“Wujud pelbagai persepsi, bagaimana seorang ketua dalam pasukan polis negara boleh berkawan baik dengan tauke judi yang dikatakan dalang kepada sindiket judi haram dan rasuah judi di Melaka?

“Sedangkan mana-mana pegawai polis terikat dengan peraturan khusus yang tidak membenarkan mereka menjalin sebarang hubungan dengan penjenayah.

“Sangat pelik, Khalid tidak mengetahui kegiatan kenalannya itu. Adakah Khalid cuba melindungi seorang penjenayah yang dikehendaki?,” soalnya dalam kenyataan media.

Laman web Sarawak Report sebelum ini mendakwa Gopinathan berhubungan langsung dengan Khalid dan memainkan peranan utama dalam menjalankan perlindungan polis di kawasan perjudian dan rumah pelacuran di Melaka.

Susulan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 12 suspek- kebanyakannya pegawai polis – berhubung kes itu bulan lepas.

Mengulas tindakan SPRM, Khalid berkata sekiranya terdapat bukti jenayah, beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan suruhanjaya itu terhadap Gopinathan.

“Saya tidak akan bersekongkol. Saya dan pegawai-pegawai saya (akan) memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

“Orang yang mengenali saya, ahli keluarga saya, jika mereka melakukan apa juga perkara di belakang saya, tak mungkin saya dapat tahu semuanya. Tetapi mereka perlu bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Dzulkifli Ahmad berkata suruhanjaya itu hanya akan memanggil Khalid jika ada keperluan berbuat demikian.

‘Tangkap segera kenalan’

Mengulas lanjut Syed Ibrahim berkata, hubungan antara seseorang pegawai polis dan penjenayah merupakan kesalahan serius dan mencemarkan kredibiliti pihak berkuasa itu.

Justeru beliau meminta Khalid sendiri mengambil tindakan terhadap suspek penjenayah berkenaan.

“Khalid tidak seharusnya berpura-pura dalam hal ini, beliau sewajarnya menangkap segera kenalannya itu kerana terlibat dengan kegiatan jenayah yang cukup besar di negara ini.

“Sampai bila Khalid mahu menyembunyikan perkara ini? Kalau tidak didedahkan oleh Sarawak Report, mungkin sebarang kenyataan tidak akan dikeluarkan dan disahkan oleh Khalid sendiri. Ini sebenarnya amat memalukan,” tegasnya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIJGdI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel ‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’

Sekianlah artikel ‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘BAGAIMANA IGP BOLEH KAWAN DENGAN PENJENAYAH?’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/bagaimana-igp-boleh-kawan-dengan_19.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :